Visit HiKmAh

"Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga, dan sesungguhnya para malaikat itu niscayalah meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, ( Riwawayat Abu Dawud dan Termizi)

.

(Dibenarkan untuk copy/share semua artikel untuk kebaikan bersama)

Info Sumbangan Untuk Page Rasmi Kun Anta


Berikut adalah salinan daripada page 'Kun Anta'..

Bismillah. Assalamualaikum Warahmatullah.
.
Boleh tak admin nak minta 30 saat dari masa anda?
.
Admin betul-betul mohon ni…

Kami mempunyai satu misi yang sangat besar dan kami mahu anda bersama kami untuk mencapai misi tersebut.
.
Ceritanya begini.
.
Sekiranya tiada halangan, selama 3 bulan bermula dari Januari hingga Mac 2018 nanti, team Kun Anta bertekad untuk pergi ke pedalaman Sabah dengan tujuan menyampaikan dakwah islam kepada mereka yang masih jauh daripada ajaran Islam yang sebenar.
.
Penduduk di pedalaman Sabah ini kebanyakkannya muslim, tetapi kefahaman mereka tentang Islam amat terhad terutama kanak-kanak yang tidak mendapat peluang pendidikan di sekolah rasmi. Sekiranya mereka tidak diberi pendidikan, mungkin keciciran itu menjadi sebab kepada masalah sosial yang lebih tenat.
.
Anda bayangkan kanak-kanak yang tidak mendapat pendidikan arus perdana. Sudahlah pendidikan biasa pun tidak berpeluang. Pendidikan agama pula usah disoal. Apa yang mereka akan habiskan waktu kanak-kanak mereka?
.
Jadi, team Kun Anta akan berkampung di sana untuk membantu mereka memperolehi mesej-mesej Islam yang akan menjadi panduan hidup mereka kelak.
.
Mereka yang dewasa pula akan dibimbing untuk menjadi pendidik yang akan dipantau selia oleh team kami.
.
Jadi, pendidikan ini bukanlah berbentuk one-short malah ia adalah projek jangka panjang yang akan berterusan dengan dana yang dibantu oleh anda.
.
Ada di kalangan anda yang mahu bantu kami?
.
Kami hanya memerlukan 1200 orang sahaja untuk menyumbang RM50 bagi memastikan misi ini berjaya.
.
Kami akan tutup sumbangan ini pada 1/1/2018. Ini bermakna, kami hanya membuka tabung sumbangan selama seminggu sahaja!
.
Apa kesan dari sumbangan anda?
.
1) Penduduk kampung terutamanya kanak-kanak akan dididik secara langsung dan tidak langsung oleh sukarelawan kami yang berkampung di sana.
.
2) Anak-anak yang tidak mendapat pendidikan arus perdana akan dididik oleh sukarelawan yang terlatih terutama berkaitan membaca, menulis dan mengira.
.
3) Malah pendidikan ilmu agama yang bersepadu juga diterapkan dalam pendidikan.
.
4) Beberapa orang daripada penduduk di sana juga akan dilatih untuk menjadi pembimbing setelah kepulangan sukarelawan kami.
.
5) Anak-anak bukan sahaja diajar berkaitan solat dan membaca Al-Quran malah dilatih untuk menjadi imam solat berjemaah juga.
.
.
Besar harapan kami untuk anda berdiri menyokong bersama kami untuk mendidik mereka.
.
Dana anda akan menjayakan misi dakwah ini.
.
.
Sokong projek dakwah ini dengan menyalurkan sumbangan anda ke akaun MAYBANK kami di bawah :
.
Maybank
552095225532
KUN ANTA BROTHERS ENTERPRISE
(Sila inbox resit sumbangan anda kepada page kami untuk kami mengenal pasti sumbangan anda)
.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai kami di talian : 0134557923 (Abang Hazmin).
.
.
Sila Like & Share supaya sampai ke pengetahuan orang ramai.
.
Admin doakan agar hidup anda semua diberkati oleh Allah Taala.



No automatic alt text available.








3 Jenis Ibadah Yang Diterima

     Imam Nawawi kata, ibadah ni ada tiga jenis. Apa dia jenis-jenisnya?
Yang pertama ibadah hamba. Kita hanya buat ibadah sebab takut dengan ALLAH.
Kemudian ibadah saudagar. Kita buat ibadah sebab nak kejar pahala dan syurga. Seolah-olah berjual-beli. Nak beli pahala dan syurga dengan buat amal ibadah.
Yang paling hebat, ibadah merdeka. Yang ini, kita buat ibadah atas sebab memanjatkan kesyukuran, tanggujawab dan malu dengan ALLAH.














LIKE & SHARE





mengajak kebaikan

"Siapa yang mengajak kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun, dan siapa yang mengajak kesesatan maka baginya dosa seperti dosa yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR. Muslim no. 2674)

Wahai Lelaki

Wahai Lelaki
Jika benar kau kasih&cintakan wanita itu

♥ Bawalah dia ke jalan Allah
♥ Nasihatilah dia
♥ Perbetulkan kesilapannya
♥ Jagalah dia dengan baik
♥ Kasihanlah dia
♥ Lindungilah dia
♥ Berilah kasih sayang padanya
♥ Hargailah dia
♥ Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
♥ Bersabar dengannya
♥ Terimalah & cintailah kekurangannya
♥ Jadi imam terbaik & redhalah padanya..
Moga dia menunggumu di syurga.Insya- Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kelebihan Orang Yang Menyebarkan Ilmu

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Sahal Bin Mu’az bin Anas, daripada bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya): “Barangsiapa yang mengajarkan satu ilmu maka baginya pahala orang yang mengamalkannya sedangkan tidak mengurangkan pahala orang yang mengamalkannya.”

(nawaitu lillahhita'ala)

cubalah untuk beristiqamah dengan apa yang kita termampu.Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian dan selamat di dunia serta di akhirat.


InsyaAllah