Visit HiKmAh

"Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga, dan sesungguhnya para malaikat itu niscayalah meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, ( Riwawayat Abu Dawud dan Termizi)

.

(Dibenarkan untuk copy/share semua artikel untuk kebaikan bersama)

kelebihan mengamalkan surah Al-Inshirah


Bukankah kami telah melapangkan bagimu : Dadamu (wahai muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?.Dan kami telah meringankan daripadamu; Beban (menyiarkan islam).Yang memberati tanggunganmu,


 (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya).Dan kami telah meninggikan bagimu; Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai  Kemuliaan).Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.Kemudian apabila enkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Nabi Muhammad S.A.W bersabda ;
"Barang siapa membaca surah Al-Insyirah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan. Maka menjadi suatu kelapangan daripadaku"
** Sesiapa yang mengamalkan surah Alam Nasyarah selepas solat fardu:
  • Nescaya Allah permudahkan urusanya, dipermudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya, melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam urusanya, Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu.
  • Barang siapa membacanya selepas solat dengan 9 kali bacaan akan dijauhkan oleh Allah dari kesempitan hidup dan dimurahkan rezeki dan segala urusan.



Comments
0 Comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kelebihan Orang Yang Menyebarkan Ilmu

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Sahal Bin Mu’az bin Anas, daripada bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya): “Barangsiapa yang mengajarkan satu ilmu maka baginya pahala orang yang mengamalkannya sedangkan tidak mengurangkan pahala orang yang mengamalkannya.”

(nawaitu lillahhita'ala)

cubalah untuk beristiqamah dengan apa yang kita termampu.Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian dan selamat di dunia serta di akhirat.


InsyaAllah