Visit HiKmAh

"Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga, dan sesungguhnya para malaikat itu niscayalah meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, ( Riwawayat Abu Dawud dan Termizi)

.

(Dibenarkan untuk copy/share semua artikel untuk kebaikan bersama)

Kelebihan mengamalkan surah As-syams




terjemahan surah As-syams

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

[1]   Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;

[2]       Dan bulan apabila ia mengiringinya;

[3]   Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;

[4]       Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),

[5]   Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh
        yang melambangkan kekuasaanNya);

[6]      Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan 
           makhluk-makhlukNya);

[7]   Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan 
        kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

[8]     Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalah yang membawanya
          kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;

[9]   Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih 
        bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

[10]    Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang
           sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab 
           kekotoran maksiat).

[11]  (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab
         perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;

[12]     Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah
            dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),

[13] Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: (Janganlah kamu
        gangu) unta betina dari Allah itu dan (janganlah kamu menyekatnya 
        daripada mendapat) air 
        minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!

[14]     (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta 
            menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan
            menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Dia 
            meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).

[15]  Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian,
         (kerana itu adalah balasan yang adil).



 Kelebihan mengamalkan surah As-syams jika dibaca sebelum tidur dalam keadaan berwudhu’ dan tidur
 berseorangan. Membacanya sebanyak 7 kali surah As-syams diikuti dengan Surah Al-Lail
 sebanyak 7 kali. Kemudian dipohon supaya ditunjukkan apa-apa
 perkara di dalam mimpinya,
 InsyaAllah berhasil. Jika belum berhasil kerana kurang yakin atau
 tidak cukup syarat, maka hendaklah ia mengamalkan surah As-syams selama 7 malam berturut-turut.


Comments
0 Comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kelebihan Orang Yang Menyebarkan Ilmu

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Sahal Bin Mu’az bin Anas, daripada bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya): “Barangsiapa yang mengajarkan satu ilmu maka baginya pahala orang yang mengamalkannya sedangkan tidak mengurangkan pahala orang yang mengamalkannya.”

(nawaitu lillahhita'ala)

cubalah untuk beristiqamah dengan apa yang kita termampu.Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian dan selamat di dunia serta di akhirat.


InsyaAllah