Visit HiKmAh

"Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga, dan sesungguhnya para malaikat itu niscayalah meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, ( Riwawayat Abu Dawud dan Termizi)

.

(Dibenarkan untuk copy/share semua artikel untuk kebaikan bersama)

Sunnah Makan Kurma Dan Hikmahnya



Kurma cukup sinonim dengan Ramadhan yang bakal kunjung tiba dalam beberapa hari lagi. Pada bulan inilah jualan buah kurma menjadi paling laku.

Tetapi tahukah anda kita tersilap jika hanya mengamalkan makan kurma ketika bulan puasa. Sepatutnya, kita perlu memastikan stok buah kurma sentiasa ada dalam rumah kita. Kenapa?

Pertamanya dan utamanya, memakan kurma bererti menghidupkan sunnah pemakanan. Banyak hadith menyebutkan kepentingan dan hikmahnya makan kurma dalam pelbagai keadaan. Contohnya, Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa memakan 7 biji buah kurma sebelum sarapan, maka tidak ada sihir ataupun racun yang boleh mengganggunya pada hari itu." (HR Al-Bukhari)

Begitu juga sabda baginda  tentang mengambil kurma ketika bersahur:
"Sebaik-baik sahurnya seorang mukmin adalah dengan kurma." (HR Abu Daud, Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi. Sanad hadith ini sahih.)






Ketika berbuka, dan ini sudah menjadi amalan masyarakat. Anas  menyebut:

"Adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam berbuka dengan kurma basah (ruthab), jika tidak adaruthab maka berbuka dengan kurma kering (tamr), jika tidak ada tamr maka minum dengan satu tegukan air." (HR Ahmad, At-Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah. Sanad hadith ini sahih.)


Tetapi rugilah jika menterhadkan pengambilan kurma hanya ketika berbuka dan bersahur. Ini kerana selain mendapat pahala menghidupkan sunnah pemakanan Rasulullah , ada manfaat besar daripada kurma daripada segi kesihatan.


Antara komposisi nutrisi tertinggi buah kurma ialah potassium (K). Dalam data United States Department of Agriculture (USDA), sebiji kurma didapati mengandungi kira-kira 696 mg potassium, iaitu 16% daripada komposisi nutrisi keseluruhan buah. Ini suatu jumlah dan peratusan potassium yang sangat banyak bagi sebiji buah yang kecil!


Apa manfaat potassium? Potassium akan menurunkan paras sodium (Na) dalam darah. Sodium merupakan garam dalam badan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan keperluan hidrasi (terasa dahaga dan ingin banyak minum air). Jadi dengan berkurangnya paras sodium kerana pengambilan potassium, tekanan darah boleh berkurang dan kita boleh menjadi kurang dahaga.

Sebab itu ada hikmahnya kurma direzekikan Allah  di padang pasir di mana manusia kerap dahaga dan perlukan banyak air. Subhan-Allah. Sebab itulah juga ada hikmah di sebalik hadith di atas yang menyebut, sebaik-baik juadah sahur adalah dengan kurma, kerana kurma boleh mengurangkan rasa dahaga yang kerap menjadi kesusahan bagi orang yang berpuasa.

Selain itu, terdapat banyak lagi zat-zat penting dalam kurma yang tidak sempat saya sebutkan kerana terlalu banyak. Anda boleh mencarinya sendiri. Pokoknya, jangan hanya terhadkan kurma pada bulan Ramadhan semata-mata. Hidupkan sunnah pemakanan kurma pada bila-bila masa, agar anda dapat pahala berusaha menghidupkan sunnah di samping beroleh manfaat kesihatan yang besar.



Comments
0 Comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kelebihan Orang Yang Menyebarkan Ilmu

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Sahal Bin Mu’az bin Anas, daripada bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya): “Barangsiapa yang mengajarkan satu ilmu maka baginya pahala orang yang mengamalkannya sedangkan tidak mengurangkan pahala orang yang mengamalkannya.”

(nawaitu lillahhita'ala)

cubalah untuk beristiqamah dengan apa yang kita termampu.Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian dan selamat di dunia serta di akhirat.


InsyaAllah